Tuesday, April 12, 2011

Suasana Juara Rakyat Bulan Kebajikan

Juara Bulan Kebajikan yang diadakan di lima buah kampung baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama terlibat melalui pengisiannya.

Kampung Langgar,Pulau Kudat,Butut,Kuala Kejir dan Tanggol telah menjadi tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti senamrobik,pertandingan mewarna,program gotong royong,jamuan rakyat dan sebagainya.

Rata-rata penduduk lima buah kampung ini keluar tidak kira usia meraikan bersama setiap aktiviti dan jelas tergambar diwajah mereka keseronokan menyertai program Juara Rakyat Bulan Kebajikan.

Program ini ternyata menyatupadukan penduduk sekitar,sekaligus merapatkan hubungan mereka dengan pemimpin

JUARA RAKYAT-KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT



Kejayaan program Juara Rakyat bulan Kebajikan di lima buah kampung dalam DUN Kuala Berang terbukti berjaya menarik perhatian penduduk di sekitar untuk meraikan setiap program yang dilaksanakan.Kampung yang bertuah iaitu Kampung Butut,Langgar,Pulau Kudat,Kuala Kejir dan Tanggol menjadi pesta yang cukup meriah yang berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul melalui aktiviti yang dilaksanakan.Senamrobik,larian ria,gotong royong kampung dan sebagainya turut menyaksikan pemimpin turun padang untuk bersama masyarakat sekaligus merapatkan lagi hubungan mereka.Rata-rata penduduk yang ditemui merasa gembira dan puas hati dengan perlaksanaan program yang merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.Pengerusi Program Bulan Juara Rakyat,YB Haji Zawawi Ismail turut menyatakan rasa puas hati dengan penglibatan semua pihak termasuk penduduk kampung dalam menjayakan program tersebut.

Sunday, April 3, 2011

Kerajaan Iktiraf Khidmat JKKK

Kerajaan negeri mengiktiraf komitmen padu dan semangat kerjasama yang diamalkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sehingga mampu memperkasakan kumpulan masyarakat di bawah pimpinan mereka.


Tuan Hj Wan Mohd Wan Ibrahim

“JKKK yang ada telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan untuk menghargainya ,majlis anugerah cemerlang ini diadakan sebagai mengiktiraf dan mengucapkan tanda terima kasih dengan perkhidmatan yang terbaik sepanjang bertugas di kawasan masing-masing,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Hj Wan Mohd Wan Ibrahim, di Majlis Anugerah JKKK Cemerlang peringkat Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini (14 Februari).

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Rozi Mamat dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Hj Mohd Nor Othman dan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah.

Haji Wan Mohd berkata, kejayaan yang terhasil disebabkan adanya perpaduan dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan sehingga mampu membentuk JKKK yang kuat dan jitu.

Katanya, JKKK perlu ada 4K iaitu `kebersihan, keindahan, keselamatan dan kedamaian’ untuk berjaya dan memperkasakan lagi JKKK di kawasan masing-masing.

Di samping itu, beliau mencadangkan agar satu persatuan belia diwujudkan di setiap JKKK bagi melaksanakan program yang seimbang dengan keperluan para belia dan beliawanis di kawasan masing-masing.

Anugerah disampaikan berbentuk sijil,wang ringgit serta barangan kepada pemenang bagi lapan kategori termasuk desa cemerlang,masjid terbaik,surau terbaik,tanah perkuburan terbaik dan desa harapan terbaik.

Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Berang


Ibubapa yang hadir ke mesyuarat.


Ibu-ibu yang sanggup meluangkan masa hadir ke mesyuarat.



YBM Dato' Haji Tengku Putera sedang menyampaikan ucapan perasmian.



En.Mohd sedang mengendalikan mesyuarat agung PIBG.

Air Terjun Sekayu


Keindahan air terjun Sekayu yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar Terengganu.

Pembangunan Zon Bebas Cukai Giat Dijalankan



Lawatan kerja YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ke Tasik Kenyir turut disertai Duta Perancis, Dr Jean Francois Bijion.

Lawatan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ke beberapa buah pulau hari ini (3 April) menunjukkan pembangunan yang progresif, hampir 50 peratus Kenyir Island Hopping yang meliputi 10 buah pulau kini sudah siap dibangunkan.

Daripada pulau-pulau yang dibangunkan, Taman Burung kini sudah siap sepenuh untuk di kunjungi secara tidak rasmi, terdapat 120 spesis burung tanah yang dilepaskan berkeliaran begitu jinak bagi pengunjung untuk mendekati.


Tinjauan ke Taman Tropika yang bakal menggamit pencinta keindahan alam semulajadi ke Tasik Kenyir.

Selain itu pembangunan infrastruktur lain seperti kereta kabel kini sudah dikenal pasti lokasi tapak-tapak bagi pemasagan kereta kabel bagi setiap pulau, kereta kabel yang akan dibina bermula dari Pulau Pin ke Pulau Bayas itu mengambil jarak sejauh 22 kilometer.

Menurut Dato’ Seri, bagi pembinaan Taman Tema Air akan bermula pada bulan jun ini yang akan dibina di pulau pos dan pada bulan yang sama Taman Orkid dijangka siap pembangunannya.


YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said tertarik melihat burung merak yang sedang makan di Taman Burung.

“Selain pembangunan infrastruktur darat, kita juga akan memasang lampu perhiasan di dalam air, dan ini merupakan sesuatu yang baru di Asia Tenggara” katanya ketika diadakan sidang media di Pulau Petang.

Beliau menjangka segala pembangunan yang di buat bagi pembangunan Tasik Kenyir untuk mejadikannya sebagai zon bebas cukai ini akan dapat dirasai pada lima tahun akan datang.


Melawat kerja-kerja pembersihan tasik yang sedang giat dijalankan.

Lawatan yang turut disertai oleh Duta Perancis, Dr Jean Francois Bijion dapat memberi peluang kepada MB untuk mempromosi Tasik Kenyir ke luar negara, Dr Jean menganggap Tasik Kenyir begitu interaktif dengan pemandangan yang cantik dan akan menjadi satu pembangunan yang dinamik di masa hadapan.

Lawatan tersebut turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Haji Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim.